Nafisah Thuraya; My Awsome Blog

Jumaat, 13 Februari 2015

Kahwin

Assalamualaikum sayang sayangku sekalian, terima kasih sebab nak singgah dekat blog kita ini. Hehe, first of all I just want to say about subjet form 5 >_< hahaha. Okay back to topic, nama pun dah form 5, dah nak habis sekolah, nak ambil SPM, dah berangan nak kahwin, dah berangan nak belajar luar, dah berangan nak cari duit sendiri, dah berangan nak cari harta sendiri, dah berangan nak bagi mak ayah duit, semya dah berangan, padahal baru new year tu dah berangan semua, poyo je kalau fikir-fikir balik hahahahaha.

Hmm, nak cakap ni makin dah berangan nak kahwin makin banyak pula subjek form 5 tentang kahwinlah, tentang keluargalah, tentang cara-cara nak cari pasangan hiduplah, haha apalahkan. Hmm takpe-takpe setahun je lagi okay, sabar itu separuh dari iman.

Hmm, memanglah kalau cakap dekat orang kalau kita nak kahwin mesti orang tu cakap kita dah gatal, tapi dia tak rasa apa yang kita rasakan, hmm sedihlah macam ni. Okay takpe, ekonomi tak stabil so kena lah tunggu stabil dulu, habiskan SPM dulu, ambil diploma and then ijzah. Kalau ada rezeki lebih, sambunglah masterkan, kalau ada rezeki lagi ambil PHD pula. InsyaAllah kalau ada rezeki macam tu kita tak tahukan, betul tak?

Okay sekarang tanggungjawab aku just belajar aje, tapi adalah setan setan yang iblis meghasut aku supaya berangan fasal kawhinnnnnnn!!! Ooomaigadddd, macam mana ni, kalau sorang-sorang mulalah fikir nak pelamin macam itulah macam nilah, nak outing dekat padilah dekat pantailah dekat tepi rumahlah dekat rebanlah macam macam tau. Aishhh, takpe-takpe cari duit bebanyak baru buat wedding kau top! Hahaha, insyaAllah kalau ekonomi pun stabil kalaulah.

Hmm berangan aja kerja aku nilah, macam mana nak belajar hahahahaha. Okaylah stop sampai sini aja, takut dah terbangun terlebih lebih aja. Bye, assalam muahmuahmuahh.